SALAHKAH AKU ATAU FANATIKKAH MEREKA?
Rasanya tak salah sekiranya aku mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari sekian lama kan?
hahaha..mengapa tiba2 timbul isu ni? haa...ada la ceritanya tu..jom baca lagi.
sebermula kisah berkaitan madu je..tapi tetap sesuatu isu kerana sebagai manusia yang berakal kita perlu berfikir.
dalam suatu pertemuan anjuran sebuah syarikat m.L.m..madu keluarannya telah kehabisan stok dalam masa yang agak lama la jugak. aku pulak spesis yang suka makan madu asli. dah berbelas tahun makan madu, so tahulah membzakan mana yang ori dan mana yang ditambah gula putih atau gula merah.
kebetulan pulak member aku bawa madu yang baru diturunkan..cukup rasa manis2 buahnya, masamnya, dan aroma lilin lebahnya..perrgghh...
aku rembat la sebotol besar dengan harga rm70..tahan la sebulan..syokk betul.
berbalik kepada isu madu takde stok tadi..hamba ALLAH ni datang la bertanya kat aku
"madu kita ni kan dah habis stok, mana awak dapatkan madu?"
aku dengan rendah ahti bagitau la aku dapatkan daripada kawan, madu kampung.
serta-merta langit yang cerah jadi mendung..keruh mukanya..terus wat taknak layan aku..hahaha
alhamdulillah, selamat aku, sebab banyak lagi keje aku nak buat.
pada pendapat aku la..berniaga produk apa pun tak salah tapi untuk menjadi seorang fanatik tidak sama sekali. sumber alam ni banyak, manfaatkan je. madu ciptaan ALLAH ni banyak..ada pelbagai rupa, pelbagai rasa, pelbagai warna, pelbagai khasiat bergantung kepada debunga yang dilawati lebah tersebut. nikmatilah segala nikmat kejadian ALLAH selagi ada kesempatan.
sikap fanatik hanya menyempitkan akal dan pengalaman hidup semata.
sudah 15 tahun aku mempraktikkan perubatan melayu sebelum aku join mana2 m.l.m..
sekarang ni aku mengamalkan minum air rebusan kayu teja lawang atau rempah gunong kata sesetengah orang. rasanya sedap, ada aroma sarsi lagi..mmmphh!
khasiatnya untuk membuang angin dalam badan, memanaskan badan, melancarkan edaran darah,
dan meningkatkan tenaga seksual. bagi yang masih bujang minum hanya sekali sehari sahaja itu pun
"kerisnya" asyik terhunus je..heheh
bagi yang dah kahwin boleh minum 2 kali sehari..nak best lagi campur sedikit tongkat ali putih dan akar kayu aji samat..mantap.. tapi jangan overdose..bahaya. ke "batu dua" la kita. apapun sukatan yang tepat kena rujuk orang lama jugak.
apa lagi yang aku amalkan? senang jer..aku makan spirulina hpa 3biji, 3 kali sehari. kalu nak makan spirulina dari syarikat lain pun tak ada apa2 halangan. setiap syarikat ada standard kebersihan dan kualiti masing2. tepuk dada tanya selera anda!