Total Pageviews

Saturday, 4 June 2011

http://gmalwahida.blogspot.com/2011/06/info-terkini-mengenai-esp-dan-pbc.html

http://gmalwahida.blogspot.com/2011/06/info-terkini-mengenai-esp-dan-pbc.html

FOOT REFLEXOLOGY

 
Foot reflexology...hmm...teknik rawatan yang paling aku minat..
sungguh aku tak sangka hpa ni turut mengajar ahli2nya teknik ni...bagus sangat..
SEBAB....
teknik rawatan ni merupakan alternatif bagi merawat pesakit yang memang
malas atau tak suka makan ubat....point yang paling kerap aku praktikkan
ialah area salur kencing/peranakan, ginjal, dan paru-paru..
KENAPA? SEBAB...
tempat-tempat ni lah yang selalu menjadi punca penyakit-penyakit seperti 
kencing tak lawas, sakit pinggang, impoten, ejakulasi pramatang dan berbagai2 lagi..
SELALUNYA...pesakit yang bermasalah dengan ginjal, selepas dipicit daerah reflex tersebut
maka biasanya akan membuang air kecil yang sangat berbau,berwarna gelap malah kadang2
akan keluar pasir2 halus melalui kencingnya..haaa...jangan segan2 pergi buat pemeriksaan 
di hospital pulak sebab itu tandanya anda mengidap penyakit batu karang.......
kaedah reflxy ini boleh merawat penyakit tanpa ubat tetapi mungkin mengambil masa yang lama..
anda perlu membuat rawatan susulan yang kerap sebelum sembuh...
itu pengalaman saya...

Monday, 30 May 2011

FAEDAH AHLI

HAND REFLEXOLOGY

Hand reflexology?
 kaedah rawatan refleksologi merupakan medium rawatan
 tanpa ubat yang baik..bukan sahaja menjadi medium
 pengesan penyakit malah mampu merawat penyakit dalam masa yang sama...
 saya sendiri dahulunya merupakan pengidap migrain sehingga perlu 
bergantung kepada ubat setiap hari..
 lantaran jemu mengambil ubat; suatu hari saya mencuba
 memicit ruas2 jari selama 15 minit setiap kali migrain menyerang..
 hari ini kalau tidak silap saya..
 sudah 5 tahun saya tidak lagi mengalami migrain.

HIJAMAH / BEKAM

Rawatan bekam nubuwah atau hijamah merupakan 
 rawatan yang paling digemari oleh pelanggan2 di HPA.
 Banyak penyakit yang berpunca daripada 
 darah dapat dirawat..masalah resdung kronik, antara penyakit 
 yang mudah di lihat kesannya..insyaallah..

CHIRO-PRACTIC

Teknik pembetulan tulang belakang atau chiro-practic
 merupakan teknik rawatan yang boleh diperolehi
 di HPA..
 seperti organ badan yang lain..
 tulang belakang bukan sekadar tunjang tubuh kita tetapi merupakan tunjang kesihatan kita..
 MENGAPA?
 kedudukan tulang belakang yang salah akan
 menimbulkan masalah2 seperti
 sukar tidur, hypertension, sukar bernafas dan banyak lagi..
 TAK PERCAYA?
 silakanlah mencuba rawatan ini dan rasai sendiri
 kerana anda tak akan pernah rugi kerana mencuba..

IRRIDIOLOGY(DIAGNOSIS MELALUI MATA)

Ini gambarajah mata...
 apasal mata?
 sebab melalui mata kita boleh scan
 masalah pada organ dalaman kita..
macam2 penyakit boleh di scan melalui mata...
 pengalaman saya sewaktu mendapatkan rawatan di sebuah klinik..
 doktor tersebut menggunakan kaedah ini dan beritahu saya 
 masalah kesihatan saya dengan tepat dan cepat...
 tak perlu bagitau pun...takde la macam kat hospital..
 doktornya tanya kita "apa sakit?..pastu suruh pergi ambil ubat..hmmm....
 SIAPA SEBENARNYA DOKTOR?

DIAGNOSIS MELALUI LIDAH

LIDAH!!!
 Haa..lidah juga memainkan peranan penting bagi mengukur tahap
 kondisi kesihatan tubuh badan kita..bukan sahaja tangan tetapi
 lidah memang organ sensitif  yang menjadi salah satu teknik diagnosis 
 bagi ahli2 hpa mengikuti kursus perawatan...
 NANTI!!!
 ini bukan omongan sahaja..
 pengalaman saya sebagai pengamal perubatan melayu islam
 selama beberapa tahun...lidah antara organ utama yang akan diperiksa
 untuk melihat kadar suhu badan dan yang paling utama..
 mengesan tanda-tanda keracunan atau 
 SANTAU....