Total Pageviews

Tuesday, 7 February 2012

MUSIM BARU..RENTAK BARU..KISAH PENGALAMAN HIDUP

Assalamualaikum kepada muslim dan salam muhibbah buat non-muslim.
lama betul tak jenguk blog ini, rindu pulak rasanya.
musim ini mungkin kata-kata yang dicoretkan agak pedas dan mengguris hati kalian.
pertemuan dan pergaulan dengan individu tertentu saat blog ini "membisu' membuatkan aku
merubah rentak daripada membicarakan berkenaan produk2 HPA kepada blog yang memperihalkan
pendapat peribadiku dan perkongsian ilmu yang sedikit ini dari pengalaman yang tak seberapa dengan kalian.
sesungguhnya aku hanyalah anak muda yang masih cetek akalnya dan kurang pengalaman.. jika ada silap dan salah harap dimaafkan.
kebelakangan ini aku banyak mencari tahu dan mengumpulkan teras2 kayu dan ilmu2 melayu silam yang kian pupus dan dilupakan oleh generasi melayu baru. mengapa?
hati kecil ini tersentak acapkali dengan sikap generasi baru yang memperlekehkan pandangan nenekmoyang
mereka dan lebih gemar mengagungkan budaya luar. sikap seperti ini jika dibiarkan berterusan maka hilang lenyaplah pusaka bangsa dan musnahlah budaya bangsa melayu yang pernah suatu ketika dahulu terkenal diseluruh dunia. bagaimana mereka ingin menangkis tohmahan yang memperlekehkan bangsanya tanpa mengetahui sebarang bukti kebijaksanaan bangsa mereka? 
suatu peristiwa, hadir kepadaku seorang individu melayu berbusana muslim memperihalkan 
penyakitnya yang bertahun2 tak sembuh2 walau telah dicuba pelbagai rawatan. pengalaman lampau sebagai perawat melayu (bomoh kata orang) menunjukkan individu ini telah disantau angin tahap rendah.
aku mengeluarkan kayu penawar hitam yang sentiasa dibawa sebagai keychain dan menerangkan kepadanya
ini hanyalah suatu petua melayu. serta-merta raut wajahnya berubah. terpacul dari mulutnya mujarab ke ni? (hehe..nah contoh melayu baru yang jahil tamadun bangsanya.)
diizinkan ALLAH setelah direndam ke dalam secawan air masak dan dibaca doa khusus penawar racun,
aku memberinya minum. alhamdulillah hilanglah penyakitnya yang bertahun2 itu. 
bukan pujian yang ku harapkan, hanya suatu kisah pengalaman hidup untuk dikongsi bersama. 
suatu kisah lagi berlaku kepada individu berlainan dari tempat yang berlainan mengadu kerisauannya
berkaitan masalah batuk yang tak kunjung sembuh berbulan2 lamanya walau telah berbotol2 ubat batuk telah
ditelan. ya..ini juga bermasalah santau angin kerana sesuatu sebab. aku menggunakan kaedah yang sama juga namun kali ini individu ini telah batuk dan muntah segala kahak dan lendir, setelah itu barulah lapang dadanya yang panas sebelum ini dan sembuh juga penyakitnya. alhamdulillah inilah hikmah seketul kayu hitam yang ALLAH jadikan dan petua orang melayu lama.
pernah datang seorang hamba ALLAH dengan kopiah dikepala berkata"mung buat apa ni? syirik! kayu ni tak ada kuasa pun kenapa mung suruh orang percaya kepada selain ALLAH?
"encik, aku tak kata kayu ni berkuasa.. aku hanya memanfaatkan petua melayu silam. kayu ini ibarat panadol yang encik makan bila sakit kepala. apakah panadol itu berkuasa?
saudara, untuk mensyirikkan ALLAh cukup mudah. cukup sekadar ucapan 
"aku kalau tak ada duit tak boleh hidup"
ucapan itu memadai menyamakan duit berkuasa menentukan hidup mati seseorang.
saudara, penggunaan teras2 kayu hanyalah suatu ikhtiar zahir.berkesan atau tidak adalah urusan ALLAH.
tak dinafikan teras2 kayu tertentu membuatkan kita tahan asid, tahan besi. kayu keluat misalnya boleh menyebabkan penggunanya tahan tusukan dan biasa diguna pakai dalam aktiviti menyabung ayam.
terfikirkah kita enzim apakah pada kayu keluat itu yang meransang minda kita hingga dapat menahan tusukan?
pengguna teras kayu atau lain2 sumber alami tidak akan jatuh syirik selagi berpegang teguh bahawa tiap2 yang baharu tidak memberi bekas tanpa izin ALLAH. namun sebaliknya berlaku kepada individu yang menuduh pengguna tersebut mendapatkan khidmat jin. seolah2 hanya jin yang mampu menyebabkan perkara2  mencarik adat berlaku.
terjemahan firman ALLAH dalam surah an-namlu ayat ke-40(saat nabi ALLAH Sulaiman a.s dihadirkan
istana ratu balqis kepada baginda) :
"INI SEMATA2 DARI KURNIA TUHANKU UNTUK MENGUJI PADAKU, APAKAH BERSYUKUR ATAU KUFUR. MAKA SESIAPA YANG BERSYUKUR, MAKA SYUKUR ITU UNTUK DIRINYA.
DAN SESIAPA YANG KUFUR, MAKA TUHANKU ZAT YANG TERKAYA LAGI PEMURAH"
 wassalam.

No comments:

Post a Comment