Total Pageviews

Friday, 10 February 2012

SALAHKAH AKU ATAU FANATIKKAH MEREKA?

SALAHKAH AKU ATAU FANATIKKAH MEREKA?

Rasanya tak salah sekiranya aku mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari sekian lama kan?
hahaha..mengapa tiba2 timbul isu ni? haa...ada la ceritanya tu..jom baca lagi.
sebermula kisah berkaitan madu je..tapi tetap sesuatu isu kerana sebagai manusia yang berakal kita perlu berfikir.
dalam suatu pertemuan anjuran sebuah syarikat m.L.m..madu keluarannya telah kehabisan stok dalam masa yang agak lama la jugak. aku pulak spesis yang suka makan madu asli. dah berbelas tahun makan madu, so tahulah membzakan mana yang ori dan mana yang ditambah gula putih atau gula merah.
kebetulan pulak member aku bawa madu yang baru diturunkan..cukup rasa manis2 buahnya, masamnya, dan aroma lilin lebahnya..perrgghh...
aku rembat la sebotol besar dengan harga rm70..tahan la sebulan..syokk betul.
berbalik kepada isu madu takde stok tadi..hamba ALLAH ni datang la bertanya kat aku
"madu kita ni kan dah habis stok, mana awak dapatkan madu?"
aku dengan rendah ahti bagitau la aku dapatkan daripada kawan, madu kampung.
serta-merta langit yang cerah jadi mendung..keruh mukanya..terus wat taknak layan aku..hahaha
alhamdulillah, selamat aku, sebab banyak lagi keje aku nak buat.
pada pendapat aku la..berniaga produk apa pun tak salah tapi untuk menjadi seorang fanatik tidak sama sekali. sumber alam  ni banyak, manfaatkan je. madu ciptaan ALLAH ni banyak..ada pelbagai rupa, pelbagai rasa, pelbagai warna, pelbagai khasiat bergantung kepada debunga yang dilawati lebah tersebut. nikmatilah segala nikmat kejadian ALLAH selagi ada kesempatan.
sikap fanatik hanya menyempitkan akal dan pengalaman hidup semata.
sudah 15 tahun aku mempraktikkan perubatan melayu sebelum aku join mana2 m.l.m..
sekarang ni aku mengamalkan minum air rebusan kayu teja lawang atau rempah gunong kata sesetengah orang. rasanya sedap, ada aroma sarsi lagi..mmmphh!
khasiatnya untuk membuang angin dalam badan, memanaskan badan, melancarkan edaran darah,
dan meningkatkan tenaga seksual. bagi yang masih bujang minum hanya sekali sehari sahaja itu pun
"kerisnya" asyik terhunus je..heheh
bagi yang dah kahwin boleh minum 2 kali sehari..nak best lagi campur sedikit tongkat ali putih dan akar kayu aji samat..mantap.. tapi jangan overdose..bahaya. ke "batu dua" la kita. apapun sukatan yang tepat kena rujuk orang lama jugak.
apa lagi yang aku amalkan? senang jer..aku makan spirulina hpa 3biji, 3 kali sehari. kalu nak makan spirulina dari syarikat lain pun tak ada apa2 halangan. setiap syarikat ada standard kebersihan dan kualiti masing2. tepuk dada tanya selera anda!

Tuesday, 7 February 2012

MUSIM BARU..RENTAK BARU..KISAH PENGALAMAN HIDUP

Assalamualaikum kepada muslim dan salam muhibbah buat non-muslim.
lama betul tak jenguk blog ini, rindu pulak rasanya.
musim ini mungkin kata-kata yang dicoretkan agak pedas dan mengguris hati kalian.
pertemuan dan pergaulan dengan individu tertentu saat blog ini "membisu' membuatkan aku
merubah rentak daripada membicarakan berkenaan produk2 HPA kepada blog yang memperihalkan
pendapat peribadiku dan perkongsian ilmu yang sedikit ini dari pengalaman yang tak seberapa dengan kalian.
sesungguhnya aku hanyalah anak muda yang masih cetek akalnya dan kurang pengalaman.. jika ada silap dan salah harap dimaafkan.
kebelakangan ini aku banyak mencari tahu dan mengumpulkan teras2 kayu dan ilmu2 melayu silam yang kian pupus dan dilupakan oleh generasi melayu baru. mengapa?
hati kecil ini tersentak acapkali dengan sikap generasi baru yang memperlekehkan pandangan nenekmoyang
mereka dan lebih gemar mengagungkan budaya luar. sikap seperti ini jika dibiarkan berterusan maka hilang lenyaplah pusaka bangsa dan musnahlah budaya bangsa melayu yang pernah suatu ketika dahulu terkenal diseluruh dunia. bagaimana mereka ingin menangkis tohmahan yang memperlekehkan bangsanya tanpa mengetahui sebarang bukti kebijaksanaan bangsa mereka? 
suatu peristiwa, hadir kepadaku seorang individu melayu berbusana muslim memperihalkan 
penyakitnya yang bertahun2 tak sembuh2 walau telah dicuba pelbagai rawatan. pengalaman lampau sebagai perawat melayu (bomoh kata orang) menunjukkan individu ini telah disantau angin tahap rendah.
aku mengeluarkan kayu penawar hitam yang sentiasa dibawa sebagai keychain dan menerangkan kepadanya
ini hanyalah suatu petua melayu. serta-merta raut wajahnya berubah. terpacul dari mulutnya mujarab ke ni? (hehe..nah contoh melayu baru yang jahil tamadun bangsanya.)
diizinkan ALLAH setelah direndam ke dalam secawan air masak dan dibaca doa khusus penawar racun,
aku memberinya minum. alhamdulillah hilanglah penyakitnya yang bertahun2 itu. 
bukan pujian yang ku harapkan, hanya suatu kisah pengalaman hidup untuk dikongsi bersama. 
suatu kisah lagi berlaku kepada individu berlainan dari tempat yang berlainan mengadu kerisauannya
berkaitan masalah batuk yang tak kunjung sembuh berbulan2 lamanya walau telah berbotol2 ubat batuk telah
ditelan. ya..ini juga bermasalah santau angin kerana sesuatu sebab. aku menggunakan kaedah yang sama juga namun kali ini individu ini telah batuk dan muntah segala kahak dan lendir, setelah itu barulah lapang dadanya yang panas sebelum ini dan sembuh juga penyakitnya. alhamdulillah inilah hikmah seketul kayu hitam yang ALLAH jadikan dan petua orang melayu lama.
pernah datang seorang hamba ALLAH dengan kopiah dikepala berkata"mung buat apa ni? syirik! kayu ni tak ada kuasa pun kenapa mung suruh orang percaya kepada selain ALLAH?
"encik, aku tak kata kayu ni berkuasa.. aku hanya memanfaatkan petua melayu silam. kayu ini ibarat panadol yang encik makan bila sakit kepala. apakah panadol itu berkuasa?
saudara, untuk mensyirikkan ALLAh cukup mudah. cukup sekadar ucapan 
"aku kalau tak ada duit tak boleh hidup"
ucapan itu memadai menyamakan duit berkuasa menentukan hidup mati seseorang.
saudara, penggunaan teras2 kayu hanyalah suatu ikhtiar zahir.berkesan atau tidak adalah urusan ALLAH.
tak dinafikan teras2 kayu tertentu membuatkan kita tahan asid, tahan besi. kayu keluat misalnya boleh menyebabkan penggunanya tahan tusukan dan biasa diguna pakai dalam aktiviti menyabung ayam.
terfikirkah kita enzim apakah pada kayu keluat itu yang meransang minda kita hingga dapat menahan tusukan?
pengguna teras kayu atau lain2 sumber alami tidak akan jatuh syirik selagi berpegang teguh bahawa tiap2 yang baharu tidak memberi bekas tanpa izin ALLAH. namun sebaliknya berlaku kepada individu yang menuduh pengguna tersebut mendapatkan khidmat jin. seolah2 hanya jin yang mampu menyebabkan perkara2  mencarik adat berlaku.
terjemahan firman ALLAH dalam surah an-namlu ayat ke-40(saat nabi ALLAH Sulaiman a.s dihadirkan
istana ratu balqis kepada baginda) :
"INI SEMATA2 DARI KURNIA TUHANKU UNTUK MENGUJI PADAKU, APAKAH BERSYUKUR ATAU KUFUR. MAKA SESIAPA YANG BERSYUKUR, MAKA SYUKUR ITU UNTUK DIRINYA.
DAN SESIAPA YANG KUFUR, MAKA TUHANKU ZAT YANG TERKAYA LAGI PEMURAH"
 wassalam.

Sunday, 4 September 2011

GOUT  VS. HPA

SALAM MUHIBBAH..EHH?..GOUT VS.HPA? HAHAHA...TAJUK JE NI..
TAKDE LAWAN - LAWAN MACAM KL GANGSTER TU..
JUST NAK KONGSI CERITA AKU PASAL PESAKIT GOUT YANG AKU RAWAT SECARA X LANGSUNG...
SEBERMULA CERITA..SEORANG PAKCIK BERTEMU SAYA KAT PASAR...
DIA MENGADU KAT SAYA.."LUTUT SAYA DEKAT SEBULAN DAH TAK BOLEH BENGKOK,
NAK PERGI TARAWIH MACAM MANA NI...SAKIT..JEMPUT KE RUMAH SAYA HARI NI MINTAK TOLONG AWAK URUT SIKIT"...KATA PAKCIK TADI..
PETANG TU SAYA PUN PERGI LA RUMAH DIA..SAYA KELUARKAN LA MINYAK LINTAH (MAAF YER..SAYA DAH LAMA GUNA MINYAK LINTAH UNTUK URUTAN..BELUM SERASI LAGI DENGAN MINYAK BUT-BUT HPA) SAYA PUN MINTAK LA PAKCIK TADI TUNJUKKAN TEMPAT SAKIT TU...TUP-TUP..HAH KAU! LUTUT PAKCIK TU BENGKAK BERMINYAK!...AISEHH..BISIK HATI SAYA..."LUPA DIAGNOS PAGI TADI, KAN DAH KENA!
SAYA SENTUH LA TEMPAT TU CEK DULU PASAL APA JADI MACAM  TU...KEMUDIAN SAYA PANDANG WAJAH PAKCIK TU(DIAGNOS MUKA)...OOO...ADA MASALAH GINJAL RUPANYA..BERMULA LA SESI SOAL JAWAB DENGAN PAKCIK TU SAMBIL DIAGNOS TAPAK TANGAN DIA..PUNCA UTAMA PAKCIK TU SAKIT DISEBABKAN MASALAH ANGIN DALAM BADAN MAKA TIMBUL LA MASALAH KENCING  TAK LAWAS, SAKIT DADA, SAKIT KEPALA, SAKIT PINGGANG...WADUHH..
SUDAHNYA PETANG TU SAYA BAGI KAPSUL TUJU ANGIN UNTUK DI MAKAN..BESOKNYA SAYA SERAHKAN KAPSUL MALAC UNTUK CUCI GINJAL..3HARI SELEPAS TU SAYA TANYA PERKEMBANGAN DIA..ALHAMDULILLAH..PINGGANG DH TAK SAKIT..KENCING DAH NORMAL, LUTUT DAH KURANG BENGKAKNYA.
MINGGU KE-2 PAKCIK TU TANYA LAGI.."UBAT GOUT ADA TAK?LUTUT SAKIT LAGI SIKIT-SIKIT.."SAYA  PUN HUBUNGI UPLINE (KAK SA) SAYA MINTAK PANDANGAN DIA.
ATAS SARANAN KAK SA..SAYA BAGI PAKCIK TU MADU+ARDASIA; BESOK PAKCIK TU MENGADU..LENGUH SATU BADAN..(TANDA-TANDA UBAT TADI BERTINDAK MEMBUANG ASID URIK BERLEBIHAN DALAM SENDI-SENDI DIA) KEMUDIAN SAYA BAGI PAKCIK TU
KAPSUL RADIX BERTUJUAN MEMULIH TENAGA DAN MEMBAIKI SENDI YANG ROSAK..TETAPI DALAM JANGKAMASA YANG BERBEZA KERANA DI KHUATIRI BADAN PAKCIK TU TAK TAHAN PANAS HERBA DAN MADU..
SEKARANG NI..PAKCIK TADI DAH PUN SEMBUH..KAMI JUMPA HARI TU DIA BAGITAU DIA DAN ISTERINYA MINUM KOPI RADIX PULAK..BEST..BADAN PUN SEGAR..HAHAHA...APA-APALAH PAKCIK..JANJI SIHAT..
SEBAGAI  WARGA HPA..SAYA SYORKAN AWAK DAPATKAN SET LENGKAP DI CAWANGAN HPA..JADIKAN AMALAN HARIAN..DIDALAM SET TERSEBUT..TERDAPAT HERBA-HERBA SEPERTI KAPSUL RADIX, KAPSUL MALAC, KAPSUL TUJU ANGIN, KAPSUL OMEGA-3 DAN KAPSUL HABBATUSSAWDA' KHAS UNTUK LELAKI..TERDAPAT JUGA SET LENGKAP KHAS WANITA, WARGA EMAS, DAN KANAK-KANAK..
AWAK..DAFTAR LA DIRI AWAK SEBAGAI AHLI HPA..DAPAT BELI PRODUK DENGAN HARGA ISTIMEWA..DAN JANGAN SEGAN-SEGAN MENGHADIRKAN DIRI KE BENGKEL-BENGKEL HPA, DAN KELAS MINGGUAN. INSYAALLAH LEPAS NI AWAK MESTI DAPAT MERAWAT DIRI SENDIRI PULAK..INSYAALLAH..


Wednesday, 27 July 2011

JARI RUNCING..ALAHAI.....

ALANGKAH INDAHNYA JEMARI YANG RUNCING..
PEMILIKNYA PULAK CANTIK JELITA..HEHE..
MALAM DAN SIANG TERBAYANG-BAYANG..
namun begitu..
dari segi kajian genetik herbalogi
jemari yang runcing ini menunjukkan pemiliknya
berisiko menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi..
justeru..pemilik jemari yang indah ini..
jagalah pemakanan harian anda..
kurangkan pengambilan gula dan nasi putih..
kerana sesungguhnya..mencegah lebih baik daripada merawat..
penyakit datangnya tak berjemput..
perginya digiring bak pengantin...
HARGAILAH ANUGERAH KESIHATAN ANDA.... 

Friday, 22 July 2011

TULANG LUTUT HANCUR....

RADIX & MINYAK BUT-BUT

KISAH YANG SAYA PAPARKAN KALI INI DIPETIK DARIPADA
BUKU "JAWI MEDICINAL HERBS 2" KARANGAN TN. HJ ISMAIL PENGASAS HPA.
NAMUN NAMA PESAKIT TERSEBUT TERPAKSA DIRAHSIAKAN DISINI..NAMUN TERCATIT DI DALAM BUKU TERSEBUT.  KISAH BERMULA...
Pesakit ini berasal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor..beliau telah mengalami kemalangan pada tahun 2004.
Dalam kemalangan tersebut tulang lutut beliau telah hancur dan remuk.
Doktor mencadangkan supaya beliau menjalani pembedahan namun menjamin kejayaan operasi tersebut..
Maka beliau mengambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan.
Hari-hari yang berikutnya beliau mula mengambil KOPI RADIX dan KAPSUL RADIX
disamping menyapu MINYAK BUT-BUT.
Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH setelah menderita selama 6 bulan kini 
tulang-tulang yang patah telah bercantum semula...
Kawan-kawan...kesembuhan pesakit ini tidak semata-mata kerana produk yang diambil sahaja
tetapi berkat kesabaran dan keyakinan beliau maka ALLAH menyembuhkan beliau..

Tuesday, 19 July 2011

kisah amalgam..gigi dan halusinasi

GIGI?
  
Amalgam ialah tampalan pada gigi yang berlubang.Amalgam mengandungi mercury
yang boleh menyebabkan keracunan apabila tampalan ini pecah..
Masalah-masalah yang akan timbul kesan daripada tampalan yang pecah akan mengakibatkan
kemandulan, keracunan darah, sakit seluruh tubuh, kaku sendi, pelupa, sukar tidur, fikiran terganggu 
dan lain-lain lagi.
Amalgam boleh menyebabkan telinga berdesing dan pesakit mendengar bunyi berbisik ataupun
ringkas kata..halusinasi.
Amalgam boleh menyebabkan tekanan perasaan sehingga pesakit hilang kesedaran atau kawalan diri.
Kaedah yang mudah bagi membuang toksin ini ialah dengan menggunakan produk
DEEP C.
Produk ini sangat pahit dan boleh didapati dalam bentuk kapsul.
Ia boleh di sinergikan dengan OMEGA 3, TUJU ANGIN, PELAWAS dan TEH SEPANG.
Produk-produk ini boleh didapati di mana-mana cawangan HPA.

Saturday, 2 July 2011

KENAPA BABI DIHARAMKAN?

DAGING BABI..KENAPA DIHARAMKAN?

TENTU RAMAI DI KALANGAN KITA TERFIKIR WALAUPUN TAK SELALU..
MENGAPA BABI DIHARAMKAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM KAN?
MENURUT KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN..DAGING BABI DIDAPATI
MENGANDUNGI SEJENIS CACING PARASIT YANG AKAN MENYEBABKAN
MASALAH PENGHADAMAN DAN CIRIT-BIRIT.
   TERDAPAT JUGA SEJENIS BAKTERIA DI PANGGIL "BARRATAIPOID"
YANG BERBISA YANG BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT PADA USUS 
YANG BOLEH MEMBAWA MAUT.
   BUKAN SEKADAR DAGINGNYA SAHAJA DIHARAMKAN TETAPI SEGALA
YANG BERASAL DARIPADA BABI SEPERTI BELULANGNYA, LEMAK-LEMAKNYA,
TERMASUK MUSTIKA ATAU KALUNG DARIPADA BABI JUGA TURUT MENJADI HARAM..